Isnin, 20 Oktober 2008

LAGU GHAZAL DAN ISINYA

Pernah tak kita terfikir apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pencipta dan penyanyi lagu-lagu Ghazal. Pernah tak kita mendengar dengan isi hati, telinga yang terang, jiwa yang bersih apa yang dimaksudkan mereka ini. Cuba kita kupas sepintas lalu sebahagian lirik dan lagu ini kenapa musik ini atau genre lagu ini perlu dimertabatkan sebagai warisan seni dan jati diri rakyat Malaysia amnya bukan saja di Johor khususnya.

Banyak lagu-lagu yang dicipta terutama oleh Ahmad Yusoh dan Sri Maharani Ghazal berkisar alam semesta, agama, bangsa dan tanahair. Lagu-lagu seperti Gunung Soga, Selat Teberau, Tanjung Mas, Tanjung Ketapang, Sri Mahligai, Pasir Roboh, Kuala Kubu, Sembawa Balik, Tampi Padi, Hari Ribut, Sri Kedah, Sri Kelantan, Sri Johor, Bukit Piatu, Mak Long, Nasib Pengail, Si Dia Datang, Pak Ngah Balik, Ayam Didik, Iman, Pungguk Memuja, Pantun Budi, Pantun Islam, Dendang Anak, Empat Dara, Betik Manis, Sri Mersing dan banyak lagi diantara lagu-lagu yang agak kerap dikeudarakan pada zamannya. Pencipta seperti Pak Lomak banyak mencipta pada awal zaman Ghazal diperkenalkan.

Dari tajuk-tajuk lagupun kita sudah dapat mengagak bahawa pastinya lirik-lirik tersebut sedikit sebanyak akan mengutarakan unsur-unsur nasihat. Misalnya lagu Ayam Didik nyanyian Zainurin Md Dom ciptaan Ahmad Yusoh, bait liriknya "semasa pemerintahan jepun, kita makan ubi dengan keledek, hidup kita tonggang terbalik". Sesiapa yang pernah mengalami zaman penjajahan Jepun mestinya amat membenci keadaan dizaman penjajahan yang zalim itu.

Lagu Tampi Padi, tahu tak maknanya tampi? Orang dulu-dulu bila nak dapatkan beras perlulah menampi padi dalam bakul atau bekas besar yang khas. Selalunya aktiviti ini dilakukan di tengah-tengah bendang. Tampi ni selepas padi dipukul, kita perlu menampi bagi mengasingkan beras yang telah tertanggal padi kulitnya. Atau kata lain menayak. Zaman sekarang semuanya dibuat dikilang, dengan hasilnya lebih cepat dan bersih.

  • Tampilah tampi Padi Mahlinja
  • Elok Perangai Kita Disuka
  • Tampilah Tampi Padi Mahsuri
  • Meninggi Diri Orang Tak Sudi
Cantik tak pantun ni. Nasihat yang amat berguna. Rasa-rasanya zaman ini jarang ibubapa menasihati anak-anak mereka dengan pantun-pantun yang cantik sebegini. Sebab itulah perlunya kita membudayakan lagu-lagu asli dan Ghazal dan bijadikan teras kepada lagu-lagu kita dicorong-corong radio dan TV. Kalau diharapkan DJ-DJ yang muda-muda mereka ini sudah tentunya tidak mahu unsur-unsur nasihat dan keagamaan membingitkan telinga-telinga mereka. Kerana pendapat mereka dizaman muda remaja perlukan hiburan. Malangnya bentuk hiburan yang kebaratan ini banyak merosakan minda lurus mereka.

Terlalu banyak isi-isi lagu-lagu Ghazal yang berunsur nasihat dan teladan. Diharapkan ada pihak-pihak yang tersedar perlu mengambil inisiatif yang lebih agresif sebelum ianya menjadi parah. Kalau kita setakad menceritakan jati diri, tanpa kuatkuasa yang berterusan maka perkara-perkara sebegini akan hanya tinggal angan-angan.

Tiada ulasan: