Isnin, 10 Disember 2007

GHAZAL DAN SEJARAHNYA

Kita banyak bercerita tentang sejarah Ghazal di Johor. Siapa yang memulakannya tetapi tidak pernah sejarah memainkan peranan dengan kajian terperinci siapa yang mempelopori atau menengahkan atau mempopular atau mengkomesialkannya. Tiada kajian atau cakap-cakap tentang ini sebagai sesuatu tangan ghaib yang cuba menghalang kisah sebenar dibentangkan.

Mungkin ramai yang tidak ingat atau tahu menahu nama-nama disebalik musik Ghazal itu sendiri. Mungkin ramai atau acapkali orang mendengar nama Pak Lomak mahupun Dato Bentara Luar. Adakah pernah kita disoroti dengan nama-nama Hj Ismail Penambang, Musa Hj Ismail, Pak MatGodak, Pak Ali Kapak, Pak Dolah Songkok, Pak Atan Penambang, Pak Mail Jebat, Pak Bakar Tempe, Pak Awang Gembok, Wak Alus, Pak Hamid Kadarbasah dan ramai lagi. Mungkin kita ada atau pernah terdengar nama-nama seperti Fadzil Ahmad atau Ahmad Yusoh. Atau mungkin tidak?

Apa yang akan cuba dikisahkan di blog ini adalah sorotan pencipta-pencipta sejarah Ghazal itu sendiri di Johor khususnya Bandar Maharani.

Mungkin ramai yang telah mengetahui terutamanya pengkaji-pengkaji sejarah yang khusus berminat dengan sejarah Ghazal Johor itu sendiri dan Bandar Maharani. Blog ini tidak akan disusun dengan keadaan terlalu akademik, cukuplah sekadar diberitakan dengan penulisan apa yang perlu dikisahkan atau diberitakan dengan cara informal. Sejarah telah membukitkan bahawa musik Ghazal ini telah mula dimain atau dilagukan mulanya diistana Johor dengan cara mirip pengaruh india dan parsi itu sendiri. Dato Bentara Luar yang bertanggung jawab membawa musik ini keluar untuk dinikmati oleh orang kebanyakan. Pak Lomak mempopularkannya lagi untuk dilagukan dengan bentuk dan irama lenggok melayu dan terciptalah karya terhebat "Seri Mersing" sehingga kini masih mempunyai sentuhan dan bait-bait pantun puisi melayu yang sangat tragis dan hebat.

Cuba dengar dan hayati puisinya.

"Seri Mersing, lagulah melayu, dikaranglah oleh biduan dahulu"
"Hatiku runsing bertambahlah pilu, sayang"

Hebat bukan.

Cuba kita renung-renungkan setapak lagi dari kisah dan sejarah tersebut. AHMAD YUSOH. Siapa beliau dan mengapa perlu dikisahkan disini. Blog ini akan mengunkap satu demi satu kisah-kisah perjalanan bagaimana musik ini dimertabatkan sehingga terkenal di perigkat Global atau antarabangsa. Walaupun diperingkat negara sendiri amat sepi. Kenapa dan mengapa? Adakah ianya berkaitan atau berhubungkait dengan sesiapa diperingkat negara sendiri yang tidak memainkan peranan kerana sibuk dengan cakap-cakap politik. Sibuk dengan agenda-agenda mengkomesialkan tradisi atau kebudayaan dengan lebih mengutarakan musik-musik luar dari negara-negara jiran atau barat dari hak-hak tradisi negara sendiri. Salah siapa? Di sinilah puncanya jati diri warga muda selalunya tidak kental dek minda dan naluri lebih terjurus kepada pengaruh-pengaruh luar yang terlalu menebal.

Pernahkan anda tahu bahawa "Sri Maharani Ghazal Muar" yang amat terkenal suatu masa dahulu mengambil dari nama Bandar Maharani atau Muar. Bandar Maharani adalah bandar DiRaja Johor. Letaknya dipinggir kuala sungai Muar yang berhulunya di Negeri Sembilan. Dahulunya Bandar Maharani adalah perlabuhan yang amat sibuk. Kini aktiviti-aktiviti sungai masih berjalan tetapi lebh terumpu sebagai Jeti Feri ke Dumai Indonesia dan Pasar-pasar nelayan sungai dan laut. Lokasinya yang amat strategik membolehkan banyak aktiviti perniagaan dijalankan disini. Kinipun Bandar ini masih lagi sibuk. "Trafik Jam" boleh berlaku setiap hari terutama waktu-waktu puncak. Hiran juga walaupun ianya digelar bandar pencen tetapi aktiviti-aktiviti sentiasa sibuk.

Kenapa digelar bandar Pencen. Muar masih lagi dijadikan bandar yang mana ramai pesara-persara terutama kerajaan dijadikan tempat menghabis sisa-sisa hidup selepas bersara atau pencen. Kenapa? sebab Muar terdapat banyak kemudahan-kemudahan asas seperti Hospital, pusat membeli belah, klinik-klinik pakar yang banyak, makanan-makanan yang sedap, asli dan murah, ikan-ikan segar setiap hari, lauk-pauk pelbagai juadah resepi asli Johor. Pernah dengar Mee Bandung Muar, Mee Rebus Muar, Nasi Beringin, Lontong Muar, Lodeh Muar, Nasi Beryani Muar, Beryani Gam Muar, Otak-otak Muar, dan pelbagai lagi. Setiap ceruk daerah ini terdapat pelbagai makanan -makanan esotik. Kalau dicerita banyak akan terliur pula.