Selasa, 4 November 2008

AHMAD YUSOH DAN PENGANUGERAHAN

Baru-baru ini kecoh pasal Shah Rukh Khan dapat anugerah "Datuk" dari kerajaan neregri Melaka. Kecoh sampai ke Dewan Parlimen pun bahaskan perkara ini. Pertubuhan-pertubuhan artis, karyawan, seniman dll membantah apa rasionalnya penganugerahan ini. Bukan SRK buat apa-apapun di Malaysia ni. Tetapi Kerajaan Melaka kata SRK mempromosikan Melaka dalam filem-filem lakonannya. Jadi Melaka "mungkin" terkenal seluruh dunia.

Apalah Melaka ni. Filem yang dilakonkan oleh SRK tak berapa lakupun. Itupun yang tengok masyarakat India dan sikit-sikit rantau Asia terutamanya Malaysia. Yang mempromosikan Melaka adalah TDC. SRK hanyalah pelakonnya saja, pengarah filem yang pilih lokasi. Tak beri pulak kat pengarah. Apa-apa pun selamat maju jaya kat Melaka yang buat masa ni pemberi anugerah Datuk terbanyak setiap tahun.

Bebalik kepada cerita Penganugerahan. Rasa-rasanya yang ada menerima penganugerahan bidang Asli dan Ghazal ni hanyalah Tan Sri SM Salim dan yang terbaru Datuk "Pak Ngah" Suhaimi Mohd Nor. Yang lain-lain tak de. Rosiah Chik, Hamzah Dolmat, Ahmad Yusoh, Fadzil Ahmad, Pak Lomak, Zainurin Mad Dom, Maznah Ali, Kamariah Noor, Orkid Abdullah. Walhal, Ahmad Yusoh dan Fadzil Ahmad telah menjelajah seluruh dunia mempromosikan Malaysia dengan Kementerian Kebudayaan. Mereka pernah ke China, Jepun, Itali, Sepanyol, Bangkok, Brunie, Singapura, Indonesia, Austrialia, Turki, England, India dan lain-lain. Ahmad Yusoh sendiri pernah menjadi Pensyarah Tamu di Universiti Indonesia. Mereka-meraka ini bukan sahaja penyanyi, pencipta, komposer dan penerbit. Ahmad Yusoh pernah berlakon di drama-drama TV. Malangnya karyawan dibidang Asli dan Ghazal kurang sambutan. Mungkin pada zamannya orang tak kisahpun. Walaubagaimanapun beliau pernah menerima Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) dari Yg DiPertuan Agong. Begitu juga dengan Fadzil Ahmad ada menerima pingat yang tidak membawa sebarang gelaran.

Dokumentari mengenai mereka-mereka ini yang berjaya pun tak pernah ada. Kenapa Ya? Bagusnya kini ada ASWARA. Insyallah berkat kekuatan adanya badan ini dapat memperjelaskan kepada masyarakat bertapa pentingnya budaya dikekalkan. Tengok saja Jepun, China, Korea. Mereka berjaya bukan dengan memporak-perandakan budaya mereka. Tetapi keteguhan jati diri budaya memperkukuhkan kedudukan mereka dimata dunia.