Isnin, 20 Oktober 2008

AHMAD YUSOH DAN "EMPAT DARA"

Lagu "Empat Dara". Biasa dengar tak? Lagu ni yang paling banyak dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi Ghazal dan pop secara pertujukan pentas, rakaman radio, rakaman TV, rakaman album dan sebagainya. Ianya disebabkan oleh rentak musiknya yang "catchy". Lagu pernah dirakamkan oleh Ahmad Yusoh sendiri, Noranizah Idris, Datuk Sharifah Aini, S.Roziah, Fadzil Ahmad dan dinyanyikan oleh ramai artis-artis terutama bagi rakaman TV, dan yang tebaru oleh Faizal Tahir OIAM bagi Konsert Ghazal Rock 2008.

Lagu ciptaan asal oleh Atan Penambang/Ahmad Yusoh dan lirik oleh Ahmad Yusoh sendiri. Lagu ini berkisar empat orang anak dara. Ianya digambarkan memandangkan bandar Muar adalah berlokasi ditepi sungai dan kuala sungai Muar. Diperkuatkan lagi mereka berdua yang mencipta melodinya berkerja dengan syarikat Feri Penambang Muar yang sentiasa bermain dengan sungai. Sedikit sebanyak berkaitan bahawa Ahmad Yusoh yang tampan, kacak dan segak semasa muda digilai ramai anak-anak dara dizamannya. Apatah lagi dengan kemahyuran beliau sebagai artis, penyanyi, pemuzik dan pelakon bangsawan. Dari pengalaman beliaulah sendiri maka tercetuslah keresahan mencari pasangan hidup kerana terlalu ramai yang memuja yang perlu dipilih. Cuba kita teliti bait-bait pantun lagu ini hasil nukilan Ahmad Yusoh sendiri.

  • Empat Dara Duduk DiTepi Sungai

  • Duduk Menjerat Seketamlah Batu

Almaklumlah disungai Muar pada ketika itu, kalau airnya surut, kita akan dapat melihat banyak hidupan-hidupan sungai dan laut. Ketam, kupang, tiram, kerang, udang galah, belodok, belangkas dan lain-lain sangat banyak. Kini dah pupus akibat pencemaran air dan sisa industri disebelah Tanjung Agas banyak kilang-kilang industri. Jadi beliau berkias dengan apa yang sedang dilakukan oleh keempat-empat gadis atau orang dulu-dulu di Muar ni panggil anak dara.

  • Baik Budi Eloklah Perangai

  • Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Nak cari jodoh pasangan yang terbaik memanglah sukar. Dulu, kini dan selamanya pun akan mengalami kesukaran. Siapa tahu disebalik wajah yang cantik kemungkinan tidak mempunyai budi perkerti yang elok.

  • Empat Dara Berpakaian Sedondon

  • Berbaju Putih Berkainlah Biru

  • Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun

  • Sekali Pandang Rasa Tak Jemu

Diharap lirik Empat Dara ini menjadi ikutan gadis-gadis melayu sekarang sebagaimana TV9 cuba mengetengahkan mertabat gadis melayu yang sepatutnya ada unsur-unsur tradisi. Syabas TV9. Namun begitu kita harus memberi pujian kepada Ahmad Yusoh yang telah secara langsung merakamkan idea bahawa anak-anak dara melayu sepatutnya mempunyai ciri-ciri kemelayuan yang tersendiri dengan sifat-sifat sopan santun, berbudi perkerti, senyuman menawan, baik budi, pandai dan sebagainya.


3 ulasan:

  1. salam. izinkan saya berkomen sikit..menurut emak saya, lirik lagu empat dara ni ada kaitan dengan dia and rakan2/ sedaranya masa tu..menurut ceritanya memang masa tu zaman jambatan muar takde lagi so feri yang jadi penghubung masa tu. dia gi sekolah dengan rakan2 berempat orang and selalu duduk berpantun/nyanyi sementara tunggu feri sampai..wallahualam..

    BalasPadam
  2. lirik salah
    bukan baik budi sebenarnya

    BalasPadam